Posts

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 3)

Apa yang paling penting semasa membuat jualan di Facebook adalah berkaitan dengan diri pelanggan. Siapa pelanggan sebenar kita, apa masalah mereka, apa yang mereka mahu untuk menyelesaikan masalah mereka. Apabila kita dapat beri apa yang pelanggan mahu, jualan akan masuk dengan mudah. Jom kita sambung 3 lagi sebab kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook. 1)     Tiada conversion. Tiada gunanya jika kita dapat menarik banyak trafik, tetapi tidak dapat menukar mereka menjadi pembeli. Conversion adalah kebolehan kita menukar prospek menjadi pelanggan, lawan menjadi kawan dan pembaca menjadi pembeli. Kebolehan ini berdasarkan ayat iklan yang kita tulis di status Facebook kita. Kadang-kala, kita tidak perlu menulis ayat iklan yang terlalu hype atau bombastik untuk menjual. Cukup sahaja kita menerangkan kelebihan produk, bagaimana produk atau servis kita dapat membantu menyelesaikan masalah utama mereka dan offer (tawaran) yang kita berikan kepada m...

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 2)

Tanpa membuang masa lagi, kita terus kepada 7 sebab – kenapa kita susah sangat nak buat jualan di Facebook: 1)     Status kita terlalu menjual. Tidak salah untuk kita menjual di Facebook. Tetapi, jika selalu sangat menjual, orang pun tidak suka. Prospek kita masuk ke dalam Facebook untuk bersosial.  Ini bermakna, mereka mahu berkongsi maklumat, bertanya khabar, menayang aktiviti terbaru dan membalas komen. Jika anda terlalu menjual di status, ditakuti mereka berasa rimas dan tak selesa dengan apa yang kita muat naik setiap hari. Even, Dato’ Alif Syukri, owner D’herb Terlajak Laris pun tidak berkongsi produk di dalam Facebooknya. Beliau banyak berkongsi social lifenya di dalam Facebook dan Instagram. Tengok! Orang berjaya seperti Dato’ Alif Syukri pun tahu orang akan menyampah jika beliau asyik menjual sahaja. Sekali-sekala, kita enjoy beb! Untuk memudahkan anda memahami cara yang mudah untuk menjual di Facebook, anda boleh amalkan formula...

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 1)

Sehingga ke hari ini, masih ramai orang tertanya-tanya bagaimana mahu menjual di Facebook. Mereka kehairanan kerana orang lain boleh membuat beribu-ribu ringgit tetapi dia seorang masih belum mampu untuk membuat jualan di Facebook. Artikel ini ditulis berdasarkan masalah yang sering berlaku kepada peniaga atau individu yang menjual di Facebook kenapa mereka masih tidak mampu membuat jualan seperti orang lain. Sedangkan, teknik dan strategi dipelajari dengan guru atau mentor yang hampir sama. Apabila menyebut tentang masalah ini, teringat saya kepada seorang student saya pada tahun 2015 yang lalu. Student saya mempunyai masalah untuk menjual di Facebook. Untuk memendekkan cerita, lihat dialog masalah di antara saya dengan student saya: Student – Tuan, saya ada jual produk di Facebook profil saya. Orang PM tanya tentang produk saya ada la. Nak beli tu, tiada lagi. (Saya tanya kepada student saya..) Saya – Cikpuan, sebelum saya bertanya lebih lanjut, boleh nya...