7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 2)

Tanpa membuang masa lagi, kita terus kepada 7 sebab – kenapa kita susah sangat nak buat jualan di Facebook:

1)    Status kita terlalu menjual.

Tidak salah untuk kita menjual di Facebook. Tetapi, jika selalu sangat menjual, orang pun tidak suka. Prospek kita masuk ke dalam Facebook untuk bersosial. 

Ini bermakna, mereka mahu berkongsi maklumat, bertanya khabar, menayang aktiviti terbaru dan membalas komen.

Jika anda terlalu menjual di status, ditakuti mereka berasa rimas dan tak selesa dengan apa yang kita muat naik setiap hari.

Even, Dato’ Alif Syukri, owner D’herb Terlajak Laris pun tidak berkongsi produk di dalam Facebooknya. Beliau banyak berkongsi social lifenya di dalam Facebook dan Instagram.

Tengok! Orang berjaya seperti Dato’ Alif Syukri pun tahu orang akan menyampah jika beliau asyik menjual sahaja. Sekali-sekala, kita enjoy beb!

Untuk memudahkan anda memahami cara yang mudah untuk menjual di Facebook, anda boleh amalkan formula berikut:

a)     3 G 1 T
b)    5 G 1 T
c)     7 G 1 T

G di sini bermaksud give. Manakala T pula adalah take. Apa yang dimaksudkan dengan give dan take ini?

Di dalam Facebook, kita boleh beri (give) dahulu apa yang pelanggan kita suka.

Kita kongsi gambar menarik, salinan artikel yang membantu menyelesaikan masalah pelanggan, infografik yang membantu secara praktikal, quote yang menaikkan semangat daripada orang berjaya dan cerita tentang kehidupan seharian kita.

Dengan cara ini, pelanggan kita tidak akan merasakan kita hendak menjual produk. Apabila pelanggan sudah berpuas hati dengan status-status kita di Facebook, barulah kita menjual (iaitu take).

Formulanya mudah sahaja. 3 kali status kita give, 1 kali status kita menjual (take). Atau, 5 kali status kita give, 1 kali status kita menjual (take). Atau, 7 kali status kita give, 1 kali status kita menjual (take). Mudah bukan? :)

Untuk menjual, kita boleh gunakan teknik bercerita (story-telling), Content Marketing, pre-order, pelancaran produk atau teknik soft-selling (nampak macam bukan iklan, tetapi ia adalah status menjual).

Seperti yang saya katakan di atas tadi, jika anda mahu belajar cara menjual menggunakan teknik soft-selling, boleh belajar dengan 2 orang mentor saya iaitu Cikpuan Hajar Abdullah dan Cikgu June Mohd Som.

PS: Walaupun pada asasnya artikel ini ditulis untuk Facebook page, strategi dan tekniknya boleh diguna pakai untuk Facebook profile dan juga Facebook group.

2)    Prospek di Facebook tak ramai (pelanggan tak cukup).

Jika kita belajar dengan mana-mana guru pemasaran online, perkara utama yang kita perlu ada adalah sekurang-kurangnya 1,000-2,000 orang prospek. 

Pergilah mana-mana kelas pemasaran online sekalipun, apa yang anda pelajari adalah sama. Iaitu, mendapatkan sebanyak mungkin prospek di dalam atas talian (online).

Begitu juga dengan Facebook. Jika kita mahu berjaya menjual di Facebook, sekurang-kurangnya friend (untuk Facebook profile) atau fan (untuk Facebook page) kita perlu ada dalam lingkungan 1,000-2,000 orang.

Yang paling ideal (untuk permulaan) adalah seramai 2,000 orang. Kalau tak dapat 2,000, seribu orang pun sudah memandai (itu pun kena pastikan prospek kita adalah yang berkualiti – jika banyak prospek tapi tak berkualiti, tidak berguna juga).

Jadi, bagaimana mahu mendapatkan 2,000 orang prospek ini? Kita boleh add mereka melalui Facebook group yang berkaitan dengan niche (bidang) jualan produk kita.

Jika kita menjual produk dalam niche hartanah, masuk ke dalam gorup hartanah dan add ahli group di dalam Facebook group tersebut. Jika prospek kita dalam kalangan suri rumah, add mereka yang berada dalam Facebook group suri rumah.

Atau, kita boleh add mereka melalui seminar-seminar yang kita attend. Di dalam seminar tersebut, kita berkenalan dan ringan mulut untuk bertanya ID Facebook mereka. Dari situ, kita juga dapat menambah prospek kita.

(AMARAN!: Jika kita jual produk bayi, banyakkan menghadiri seminar atau ekspo berkaitan dengan bayi, bukan seminar hartanah. Sebab, kita mahu kelompok prospek kita dalam kalangan niche produk yang kita jual).

Atau, banyak lagi cara yang boleh kita dapat untuk mencukupkan 2,000 orang prospek ini.

3)    Prospek bukan dalam kalangan pembeli.

Boleh jadi, prospek yang kita dapat itu, bukan dalam kalangan pembeli. Sebab itu, kita susah sangat nak menjual di Facebook. Antara faktor kenapa prospek tidak membeli adalah:

a) Pelanggan bukan dalam kalangan niche produk kita (prospek banyak datang dari niche ibu bapa bukan niche online marketing – contoh).

b) Pelanggan tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk membeli produk atau servis kita (mungkin harga produk/servis kita di luar dari kemampuan ekonomi prospek).

c) Pelanggan tiada masalah yang produk kita mampu untuk selesaikannya (produk kita mungkin membantu menyelesaikan masalah gout, tetapi prospek menghadapi masalah sakit jantung – contoh).

Senang cerita, prospek yang kita ada itu adalah prospek yang tidak berkualiti (prospek yang tidak berminat dan tidak pasti akan membeli produk/servis kita di kemudian hari).

4)    Kurangnya trafik ke iklan kita.

Di dalam artikel ini, saya tidak hanya mengisahkan tentang Facebook profile sahaja. Ia merangkumi Facebook group, Facebook page dan juga Facebook Ads.

Nama pun Facebook, jadi apa yang saya ceritakan ini merangkumi semua medium yang ada di dalam Facebook. Di dalam poin keempat ini, saya akan menyentuh tentang trafik ke iklan kita.

Trafik adalah bilangan orang yang datang melawat ke Facebook kita untuk melihat post iklan atau post soft-selling yang kita muat naik.

Trafik ini penting kerana lebih banyak orang melihat iklan kita, semakin tinggi peluang untuk orang membeli produk atau servis kita.

Sebagai contoh;

Facebook profile – trafiknya datang daripada 5,000 orang friendnya + followers (Facebook profile hanya menghadkan sehingga 5,000 orang friend sahaja, selebihnya menjadi follower).

Facebook group – trafiknya datang daripada ahli group di dalam Facebook group tersebut. Semakin banyak ahli group, semakin ramai yang melihat iklan kita.

Facebook page – trafiknya datang daripada bilangan orang yang Like Facebook page kita. Semakin banyak Like (contoh: 1,000,000 Like), semakin tinggi potensi untuk prospek melihat iklan kita.

Facebook Ads – trafiknya datang daripada pengiklanan yang kita buat melalui Facebook (orang yang melawat ke status iklan kita boleh jadi bukan dalam kalangan friend-list Facebook kita, orang yang masih tidak Like Facebook page kita dan orang yang masih belum masuk ke dalam Facebook group kita  - malah lebih luas!)

Jadi, trafik ini penting untuk kita tarik supaya melihat iklan yang kita muat naik di Facebook. Mana tahu daripada trafik ini, kita beroleh jualan daripada mereka.

.

Kalau tak ada bajet marketing, tak payah mimpi boleh jual beratus unit produk kat FB!

Ini adalah mitos.

Ramai kawan-kawan yang saya kenal juga guna Facebook Profile, Facebook Group dan Whatspp Group untuk jual produk.


Saya anggap semua platform percuma di atas adalah ‘BONUS’ yang dilupakan.

.

Ada seorang klien consultation.

Umur 30-an. Sales setahun nak dekat RM1.3 juta.

Terkejut saya bila dia cakap,

“Guna template-template iklan yang tuan bagi, saya post kat FB Profile, FB Group dan Whatsapp Group. 70% jumlah sales saya datang dari platform percuma!”

.

Saya pun tak ingat template iklan mana satu yang dia pakai.

Jadi saya minta klien-klien saya untuk berkongsi dengan rela.

(Padahal kena ugut dan paksa. Haha!)

.

Dari situ wujudnya himpunan 10 template iklan FB Profile ini.

Jangan percaya pun.

Guna dulu, baru tau.

Buat masa ini harga masih murah.

Kita akan naik harga tak lama lagi.

.

Boleh website di bawah sekarang untuk buat pembelian 10 template FB Profile / FB Group / Whatsapp Group ini.

Klik sini untuk beli sekarang (sebelum harga naik) -->> nak.la/ayatiklanfb

Atau hubungi 017 649 1442 untuk bantuan.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 3)

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 1)