7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 3)
Apa yang paling penting semasa membuat jualan di Facebook adalah berkaitan dengan diri pelanggan. Siapa pelanggan sebenar kita, apa masalah mereka, apa yang mereka mahu untuk menyelesaikan masalah mereka.
Apabila kita dapat beri apa yang pelanggan mahu, jualan akan masuk dengan mudah. Jom kita sambung 3 lagi sebab kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook.
1) Tiada conversion.
Tiada gunanya jika kita dapat
menarik banyak trafik, tetapi tidak dapat menukar mereka menjadi pembeli.
Conversion adalah kebolehan kita menukar prospek menjadi pelanggan, lawan
menjadi kawan dan pembaca menjadi pembeli.
Kebolehan ini berdasarkan ayat
iklan yang kita tulis di status Facebook kita. Kadang-kala, kita tidak perlu
menulis ayat iklan yang terlalu hype atau bombastik untuk menjual.
Cukup sahaja kita menerangkan
kelebihan produk, bagaimana produk atau servis kita dapat membantu
menyelesaikan masalah utama mereka dan offer (tawaran) yang kita berikan kepada
mereka – janji mereka faham dengan apa yang kita sampaikan!
Keyword yang paling penting untuk
menukar mereka menjadi pembeli adalah menyampaikan mesej iklan menggunakan
bahasa yang paling mereka mudah fahami:
(faham dengan apa yang produk kita mampu
selesaikan, faham masalah utama yang mereka sedang hadapi sekarang dan faham
penggunaan bahasa seharian yang mereka sering gunakan).
Sebagai contoh, pelanggan kita
menghadapi masalah sakit lutut. Elakkan penggunaan bahasa sains di dalam ayat
iklan kita. Kerana, ini akan membuatkan pelanggan kita tidak faham dengan apa
yang kita mahu sampaikan.
Sebaliknya, gunakan ayat-ayat harian yang mereka
selalu ucapkan. Contoh;
“Aduh! Sakitnya lutut ini!!
Hari-hari rasa sakit kat lutut, susah nak solat.”
Jadi, contoh ayat iklan yang mudah
difahami oleh pelanggan sakit lutut adalah..
“Tengah cari ubat sakit lutut? Ubat
ABC ini membantu menghilangkan ngilu di lutut dan tiada masalah susah nak solat
lagi! Whatsapp sakit lutut ke 012-3456789 untuk mendapat diskaun sebanyak 30%”
2) Prospek bukan dalam kalangan niche pasaran kita.
Bersambung dari poin sebelum ini - 'Pelanggan bukan dalam kalangan pembeli', antara
sebab pelanggan tidak membeli produk kita kerana tidak berada dalam lingkungan
niche pasaran kita.
Hal ini terjadi kepada diri saya juga apabila mahu menjual
ebook dalam niche penulisan ebook.
Di awal penglibatan saya di dalam
bisnes online, saya banyak menambah rakan Facebook dalam kalangan niche online
marketing, penulisan ayat iklan (Copywriting) dan buat duit Internet.
Jadi,
sekarang ramai friend-list Facebook saya adalah orang bisnes online mahupun
pemasar online (Internet Marketer).
Apabila saya cuba membuka pasaran
baru, iaitu niche penulisan ebook, sambutan daripada rakan-rakan Facebook saya
sangat-sangat tidak memuaskan. Setiap kali saya cuba menjual ebook dalam niche
penulisan ebook, tiada sebarang komen mahupun jualan.
Selepas mengkaji semula, baru saya
sedar kebanyakan friend-list saya dari kalangan online marketing. Jadi, apabila
saya menulis ebook tentang cara-cara buat jualan online, atau pemasaran
Facebook, baru mendapat sambutan semula.
Daripada pengalaman saya ini, kita
boleh rumuskan prospek yang bukan dalam kalangan niche pasaran kita, tidak akan
berminat dengan apa yang kita cuba jual (apabila kita jual dalam niche yang
baru).
Jadi, jangan perjudikan nasib
bisnes kita dengan menjual produk yang bukan permintaan dari pelanggan kita.
Sebaliknya, berikan apa yang mereka mahu, nanti anda akan lihat duit
berkepul-kepul masuk ke dalam akaun bisnes anda!
3) Produk yang kita jual tiada kaitan dengan pelanggan.
Antara sebab lain kenapa prospek
(atau friend-list Facebook) kita tidak mahu membeli produk kita kerana produk
kita tiada kaitan langsung dengan diri pelanggan.
Sebagai contoh, prospek kita
dalam kalangan orang sakit jantung. Tetapi, kita jual produk sakit lutut.
Jadi,
mereka tidak akan berminat dengan setiap iklan yang kita muat naik ke status
Facebook. Kerana, bagi mereka iklan kita tidak kena-mengena dengan masalah yang
senang mereka hadapi sekarang.
“Aku ada sakit jantung. Bukan nak
tengok iklan ubat sakit lutut ko tu!”
Kesimpulannya, ramai orang tidak
berjaya membuat jualan di Facebook kerana tidak mematuhi syarat bisnes online
dan sering mengabaikan 7 kesilapan ini.
Oleh itu, sebelum kita mulakan semula
langkah untuk menghasilkan jualan beribu-ribu ringgit melalui Facebook, semak
kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan seperti di atas.
Kaji semula prospek yang kita ada
supaya kita tidak membuang masa menjual kepada prospek yang tidak berkualiti.
Tujuan kita berniaga di Facebook adalah untuk meningkatkan jualan secara
online.
Jika kita tidak mampu untuk menjual di medium percuma, bagaimana mahu
menjual di medium berbayar pula (seperti pemasaran emel, pemasaran sms, Google
Adwords).
Kemudian, kuasai penulisan
soft-selling di Facebook supaya prospek tidak nampak anda menjual. Sebaliknya
mereka nampak anda mahu membantu diri mereka. Saya boleh katakan, tidak
mustahil untuk prospek anda membeli tanpa mereka sedar selepas membaca posting-posting
soft-selling anda.
.
Jari saya menggigil setiap kali nak jual guna FB profile..
Siapa pernah rasa macam ini, sebenarnya perasaan ini normal.
Malah, saya puji!
Sebab kita mahu berhati-hati supaya tak buatkan kawan-kawan FB kita menyampah bila kita cuba menjual di FB.
.
Kalau dalam hati anda selalu ada keraguan seperti,
“Jari saya menggigil setiap kali nak jual guna FB profile...”
Maka, saya sarankan belajar menjual menggunakan dua komponen utama yang membantu klien kami menjana sales beratus ribu guna 10 template iklan ini.
Buat masa ini, 10 template iklan ini sudah mereka gunakan di:
1 - Facebook Profile.
2 - Facebook Group.
3 - Whatsapp Group.
4 - Instagram Post.
.
Tak mengecewakan, dan tak merugikan langsung.
Tapi, setiap kali klien-klien kami gunakan 10 template iklan ini dan sales naik hanya daripada platform marketing percuma, mereka akan sound saya.
Saya selalu kena kecam dengan ayat di bawah:
“Kau tak kesian ke kat orang lain yang tak pandai menjual guna FB profile?”
.
Sebab itu, sekarang kami buka jualan 10 template iklan kepada anda yang serius.
Adakah ia confirm boleh bagi sales?
Ohhhh... Sudah tentu... TIDAK.
Tetapi sekurang-kurangnya anda ada alternatif tanpa perlu fikir panjang nak post apa.
.
Jangan percaya pun.
Guna dulu, baru tau.
Buat masa ini harga masih murah.
Kita akan naik harga tak lama lagi.
.
Boleh website di bawah sekarang untuk buat pembelian 10 template FB Profile / FB Group / Whatsapp Group ini.
Klik di bawah untuk beli sekarang (sebelum harga naik):
Atau hubungi 017 649 1442 untuk bantuan.
Comments
Post a Comment