7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 1)


Sehingga ke hari ini, masih ramai orang tertanya-tanya bagaimana mahu menjual di Facebook. Mereka kehairanan kerana orang lain boleh membuat beribu-ribu ringgit tetapi dia seorang masih belum mampu untuk membuat jualan di Facebook.

Artikel ini ditulis berdasarkan masalah yang sering berlaku kepada peniaga atau individu yang menjual di Facebook kenapa mereka masih tidak mampu membuat jualan seperti orang lain.

Sedangkan, teknik dan strategi dipelajari dengan guru atau mentor yang hampir sama. Apabila menyebut tentang masalah ini, teringat saya kepada seorang student saya pada tahun 2015 yang lalu.

Student saya mempunyai masalah untuk menjual di Facebook. Untuk memendekkan cerita, lihat dialog masalah di antara saya dengan student saya:

Student – Tuan, saya ada jual produk di Facebook profil saya. Orang PM tanya tentang produk saya ada la. Nak beli tu, tiada lagi.

(Saya tanya kepada student saya..)

Saya – Cikpuan, sebelum saya bertanya lebih lanjut, boleh nyatakan kepada saya, berapa jumlah friend yang cikpuan ada?

Student – Saya ada friend dalam lingkungan 300 orang.

Saya – Ok. Siapa pula dalam kalangan friend cikpuan tu? Prospek atau kawan?

Student – Banyak kawan-kawan dari sekolah lama dan di tempat kerja (balas student saya).

Daripada dialog ini, kita boleh dapati 2 kesalahan yang jelas kenapa student saya itu tidak boleh menjual di Facebook;

a) Pertama, student saya tidak mempunyai ramai prospek (bakal pelanggan) untuk melihat iklan yang student saya muat naik setiap kali dia update status.

Jika kita mahu menjual di Facebook, sekurang-kurangnya friend (atau prospek ni) kita perlu ada lebih kurang dalam 1,000-2,000 orang (minimum). Itu pun kita tidak boleh add sebarangan orang.

Yang paling penting, friend kita itu adalah orang yang berpotensi untuk membeli produk kita pada suatu hari nanti (dalam niche produk yang kita jual & orang yang boleh produk kita bantu selesaikan masalah utamanya).

b) Kedua, kebanyakan friend student saya adalah dalam kalangan kawan-kawannya sahaja.

Saya tidak mengatakan kita tidak boleh add kawan-kawan sekolah. Tetapi, di dalam bisnes, kita perlu berkawan dengan pelanggan. Jadi, add rakan-rakan Facebook yang boleh menjadi pelanggan setia kita setiap kali kita mempromosikan produk di Facebook.

Jika anda mahu pelajari cara menjual kepada rakan-rakan di Facebook (tidak kira kawan kolej ke, kawan sekolah ke, kawan di tempat kerja ke), pelajari ilmu soft-selling dengan 2 mentor saya:

Iaitu Cikpuan Hajar Abdullah (www.facebook.com/hajarwriter) dan juga Cikgu June Mohd Som (www.facebook.com/junemohdsom).

Kedua-dua mentor saya ini mengajarkan cara untuk menaikkan status yang sempoi di Facebook, menjual secara soft-selling (tak sedar pun, baca status terus buat pembelian) dan juga cara untuk mendapatkan interaksi yang banyak dengan rakan-rakan kita di Facebook.

Tidak rugi rasanya untuk belajar bersama dengan mereka. Kerana, mereka mengajar dalam dua medium. Jika mahu belajar percuma, anda boleh baca di ruangan wallpost mereka. Jika mahu ilmu yang lebih advance, mereka ada mengadakan kelas berbayar. Yang penting, harga kelas mereka tidak melebihi 4 angka.

.


Rimaslah aku tengok cara kau jual produk kat FB dan Insta!

Siap kau aku unfriend dan unfollow!

Benda ini biasa berlaku.

Ya. Biasa berlaku.



Kalau kita asyik sajikan post-post sampah yang buatkan followers dan kawan-kawan kita kat FB dan Insta menyampah.

.

Macam mana klien-klien awak boleh buat sales 5 angka (minimum) guna FB Profile, FB Group dan Insta Post?

Nak saya bagitahu apa rahsianya?

Jawapannya: Mereka ada template-template post iklan yang terbukti berkesan!

Nak tahu maklumat ‘rahsia’ yang lagi best?

.

Sekarang, mereka setuju untuk saya berikan 10 template iklan yang mereka sentiasa gunakan!

Klik sini untuk beli sekarang (sebelum harga naik) -->> nak.la/ayatiklanfb

Atau hubungi 017 649 1442 untuk bantuan.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 3)

7 Sebab – Kenapa susah sangat nak buat jualan di Facebook ni? (Bahagian 2)